Hye!! Guys sempena menyambut hari ibu ini aku ada cerita sikit nak kongsi untu korang semua… hayati dan bacalah dengan penuh rasa keinsafan dalam diri…
Aku tak macam orang lain yang lahir di hospital mewah dan penuh dengan sistem yang canggih… ibu aku lahirkan aku didalam toilet sahaja… mesti rakan-rakan yang lain terkejut kan? Ketika aku duduk didalam perut ibuku aku merasa tidak sabar untuk keluar kerana apa??? Aku ingin melihat dunia luar yang bergitu cantik dan indah sekali.
Tiba-tiba aku merasa badanku sejuk yang tak terhingga, aku sempat melihat wajah ibuku yang menangis teresak-esak mungkin kerana sakit melahirkan aku… maafkan aku ibu kerana menyusahkan ketika aku dilahirkan, aku tidak minta untuk dilahirkan dengan cara bergini. Ibuku memeluk aku dengan penuh kasih-sayang yang tak terhingga aku merasa ibu menyanyangi aku dan aku merasa selamat ketika bersama ibu… ibu membawa aku ke suatu tempat yang agak kotor, aku dapat menghidu bau yang busuk serta bau yang sangat menyakitkan hidungku. Aku merasa takut dan aku merasa benci dengan tempat ini. Aku merasa cemburu melihat rakanku yang lain bersama ibu mereka duduk dikawasan yang agak cantik, bukan macam aku… ibu meletakkan aku ditepi sampah yang agak busuk dan kotor, berginikah jika manusia dilahirkan menjadi bayi… kata rakanku, jika kita masih bayi mesti duduk dalam bakul yang cantik dan katil yang cantik bukan seperti keadaan aku sekarang ni… ibu… aku tak nak duduk disini, aku takut ibu…ibu ambilah aku ibu…aku perlukanmu…
Aku menangis ketika ibu melangkah pergi, aku merasa takut… ibu janganlah tinggalkan aku ibu… aku lapar ibu..aku haus…ibu sanggup ke ibu melihat anakmu lapar seperti ini?...
Ibu akhirnya pergi jauh meningggalkan aku sendirian…aku menagis sepuas-puasnya kerana takut, aku takut melihat ada seekor kucing yang sedang melihat aku… ibu tolong aku ibu… aku menangis… aku juga merasa sakit di seluruh badanku kerana digitgit oleh semut kecil.. badanku juga masih mempunyai tali pusat dan masih terlekat darah.
Ibu… ibu… aku takut ibu…
Aku lapar ibu… aku haus ibu… akhirnya aku terkulai layu di situ tanpa tangisan kerana badanku di makan dek biawak yang berada di situ semalam…
Ibu… aku tidak mengharapkan untuk lahir didunia ni ibu… maafkan aku ibu… jika kelahiran aku ini menyusahkan mu… aku bukan sesiapa ibu… aku Cuma manusia biasa yang inginkan kasih-sayang daripadamu ibu… YA ALLAH, maafkanlah ibuku ini YA ALLAH sesungguhnya ini bukan pintanya.
Hukhuk…. Terima kasih daripada saya anna renxi,… maaf jika ada salah dan silap didalam tatabahasa mahupun apa sahaja didalamnya… idea tiba-tiba datang harap kalian enjoy membacanya…
No comments:
Post a Comment