la dolce anna renxi

Tuesday, November 30, 2010

hye salam sayang salam rindu dan salam terhangat dipasaran....
korang apa macam???????? ada sihat kah?????? ada sakit-sakit kah??????
ok-ok...hari ni aku just nak cakap blog aku yang ketiga memmang tiada masa nak uruskan so aku harap dengan blog aku yang pertama ni la akan dapat daku mencurahkan bakti dengan sempurna sebagai seorang penulis..cewah!!!

ok now my lappy rosak so aku tak dapat nak menyambung tulis cerpen aku..sedih ok...
tapi ada blog boleh gak aku wat onar lam nih...hahahhaha
ok la...tadaaaaaaa

Tuesday, October 19, 2010

TIGA TAHUN
3 years...begitu lama dan begitu sekejap...macam-macam aku jumpa macam-macam aku tengok...
macam-macam aku kenal dan macam-macam lagi menda pelik la yang berlaku...
masa yang bergitu lama mengenali makhluk tuhan sebenarnya agak sukar....aku sendiri pun pelik..aku adalah seorang yang agak pendiam sebenarnya dan akan bising apabila mengenali geng-geng aku sendiri...sikap yang tidak suka amik tahu orang lain serta menyusahkan orang lain memang sudah sebati dalam diri aku....aku memang pantang dalam hidup aku menyusahkan orang lain...biar aku susah sendiri biar orang tenang disisi...hmmmm
disekolah lain disni lain...masa habis SPM aku kerja part time...macam-macam juga aku jumpa...
then aku masuk lower six...sangat cool dan sangat sporting dan enjoy..then aku apply universiti....semua yang berada kat lower six semua apply..so kelas semakin kosong...aku dapat interview universiti yang aku pohon...aku dapat cos writing..sangat enjoy..rakan-rakan aku yang interview universiti yang sama jugak semua dapat mereka semua mescom...arghhhhhh!!!! semua di melaka ada di perak....
masa part one..bila la nak habis belajar ni..letihnya
homesick nak balik kampung...
sakit..macam-macam la...
ehmmmm.....
tapi bila dah masuk final year...
alamak korang sedihnya dah nak habis....
bila nak reunion ni....
bila nak wat makan-makan ni..
bila kahwin ajak aku taw...
ehmmmm
rasa semua benda tu sekejap jew...adab manusia la mengumpat bergosip tak suka orang tu tak suka orang ni...hahahhaha
rasa sekejap jew...sedih pun ada...ehmmm
apa-apa pun sangat best mengenali korang....
sayang korang renion kita 10 tahun dari sekarang kan??????hahhahahhaha

Monday, October 18, 2010

INTERVIEW
hari ni merupakan tarikh keramat bagi aku...iaitu 18 OKTOBER...hmmmm
benci aku mengingatkannya balik....tadi aku ada interview tuk sambung degree....
soalan dia tersangatlah pedas dan berbisa...sangat scarry aku dah kecut peru time tu kot...bayangkanlah...dia punya psiko aku...then dia cakap aku sesuai amik cos filem...macam apa entah.....aku pun nak tergelak juga..masa interview dan takutnya aku time tu vocab aku grammar aku sume terabur...dia tengok aku macam nak makan siot!! aku cakap memang dasat la kan....
aku punya gabra aku cakap " i busy..." hahahhahha
motif dengan ayat ni....
sebabnya aku tak baca paper pu time aku datang so macam mana aku nak jawab soalan pasal presiden la...pasal global la...mampus aku baik aku cakap aku tak preapare langsung kan....huhuhu
ayat febret aku time tu jugak " i'm not sure. i hve no idea" so dia jengilkan mata dia then dia cakap balik dekat aku " wht do u mean, about i hve no idea" haaaaaa???????aku pun rasa nak blah jew time tu...sebab aku tak prepare langsung...hahhahaha menakutkan ok... so aku redha jew la nak buat cam mana kan...tapi segalanya berjalan dengan lancar....
k...la malas nak cerita panjang-panjang k bye-bye....

Wednesday, October 13, 2010

TIADA APA YANG PERLU DIKATAKAN...


ya tiada apa yang perlu dikatakan semuanya benar belaka....hahahhaha
berat badan aku naik mendadak....oh no!!! macam orang sawan hari tu bila aku pergi timbang bayangkan la 52kg ok...oh no...memang ideal dengan ketinggian aku tapi..oh nooo!!! aku rasa macam nak pergi pukul jew alat penimbang tu...hmmmmm
now sekarang ni aku ada amik vitamin sebagai makanan tambahan aku...nak jaga badan kononnya...
aku makan tomato,salad dan timun macam tu jew...kononya mahu mendapatkan berat badan sekurang-kurangnya yang tak melebihi la kononya...kononya la....lepas tu aku amik pulak susu low fat.... cara diet yang betul ya kawan-kawan....wakakkakakak
so...memang aku teramatla takut gemuk..aku tak tahu kenapa....
yes..memang aku suka makan..aku akan makan apa sahaja..tapi bila berat badan naik sekilo pun aku dah macam histeria...haaaaaaaaaaaaaa mahu menjerit jew.....

so aku nak diet...aku nak swimming nak jogging kalu tak macam mana nak masuk konti baca berita kan?????wakkakakakka
ok la tak ada apa yang perlu dikatakan lagi....
tapi bila minggu lepas aku ada tengok cerekarama tentang tajuk apa entah aku pun lupa...tapi aku ada tengokla kan..aku suka tengok citew tu sweet sangat REMY ISHAK dan EJA yang berlakon..macam mana diaorang obses nak raya di london...hahahhahaha dan bagaimana EJA bergitu obses menjaga permakanannya so aku pun dah kena jadi macam dia agaknya makan sayur-sayur,oat,susu dan segala bagai makanan kesihatan lagi untuk tidak menaikkan berat badan aku.....arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

benci dengan berat badan aku sekarang ni...walaupun kawan aku cakap ok..tapi bagi aku KO...aku tak mahu naik wey badan aku sekarang ni takut ok.....


Monday, October 11, 2010

10.10.10
yuhuu..semalam merupakan tarikh yang sangat cantik..yang sangat cute...yang sangat dan tersangat lah sangat gitu-gitu...hahhaha apa yang aku merepek ni kan...
ok la semalam merupakan tarikh 10.10.10 sangat comel dan membuatkan aku suka tengok dengan nombor ni...
dan tarikh ni la yang membuatkan ramai pasangan kekasih dan bakal menjadi raja sehari memilih tarikh ini untuk dijadikan sebagai tarikh bersejarah mereka....
dan tidak ketinggalan juga angkasawan negara kita DR.SMS...sangat cantik ok dia punya tempat kahwin ngan kek....jeles ok aku tengok walaupun nampak simple tapi nampak mewah...huhuhuhu
yela doktor kan..my future hubby pun doktor apa...teeeeetttt disitu...wakkakakkakakkaka
ok la....malas nak citew pasal tarikh ni dah...tarikh ni jugak membuatkan aku buat kecoh didalam bus semalam..yela aku dah tempat seat untuk single tapi ada seorang pakcik ni duduk tempat aku...takkan la aku kan nak berganjak dari situ aku bayar tuk single takkan nak duk kat double..NO..NO..NO...(sambil geleng kepala)
bukan aku kurang ajar tapi aku tak selesa duduk dengan orang yang aku tak kenal...aku tak suka sebba tu aku suka beli yang single aku boleh wat hal aku jew...so masa aku duk cari tempat dudk kosong ni...tiba-tiba ada mamat ni nak tawarkan diri dia suh aku duk kat tempat dia..aku cakap tak pew la kan dia dah bayar aku pulak gedik nak duduk...tak mo la aku...huh..
pastu pakcik bas tu cakap dudk la tempat masing-masing dia ni kan perempuan..so aku duduk la balik tempat yang aku beli tiket tu...
then aku mitak maaf ngan pakcik tu....pakcik tu cakap takpewla..malu aku time tu..sume org pandang aku jew...oh!!! no...tapi takkan aku nak berdiri kan???

Monday, October 4, 2010


TEATER


selepas penat lelah aku lam kerja shooting-shooting ni...

akhirnya aku mencuri sedikit masa untuk menonton teater

yang di lakonkan oleh kawan-kawan aku...so kena pi la kalau tak pi tak bagi support pulak kan...hehehhehe

tajuk teater tu ialah :

SIREH BERTEPUK PINANG MENARI

yang diarahkan oleh :

NORZIZI ZULKIFLI


kalau korang tengok SELAMAT PAGI MALAYSIA

kat RTM tu korang akan tahu la citew ni cam mana...

yang dipentaskan di DBP...sangat besh ok..tak boring langsung...


so selepas teater ada pulak tayangan perdana ataupun promosi filem

tajuk citew tu of course la tak kuar lagi kat panggung...so sebab tu kami mengambil peluang ini untuk menonton dengan secara terperinci...

tayangan itu akan berlangsung pada hari SELASA dan RABU..

bertempat di UITM PUNCAK ALAM...

2 CERITA JUST RM10

berbaloi...ok...

tajuk cerita tu :

CUTI-CUTI CINTA dan ESTET....

hmmmm...besh gak tu kan...tapi nak buat cam mana kan..

aku tak dapat nak tengok sebab busy and my laptop rosak..so aku ada lam 26 muka surat untuk menyiapkan diploma report...

huaaaaaaaaa

mahu rest ok....

dah berapa juta hari tak tidow...menipu la tu kan..ngeehhhh

ok la aku akan sajikan gambar aku semasa menonton teater...


with pelakon-pelakon...depan rezza sebelah aku sana tu meor

diaorang bukan pelakon teater jew tapi berlakon filem , drma ngan iklan...

mereka ni sama bactch ngan aku...ok gud luck to u semua...

Saturday, October 2, 2010

BERAKHIRNYA DISINI

ini bukan berakhir apa-apa tetapi berakhirnya kami merempuh onak dan duri.....
mengajar kami erti persahabatan erti tolak ansur serta mengajar kami mengenal kerenah hidup manusia....berakhirnya disini juga memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan sebuah fakulti serta kami juga memasukkan unsur-unsur jalan cerita didalamnya supaya orang ramai dapat mengahayati serta faham tentang mesej yang kami tonjolkan....




hahahhaha korang tengok apa tajuk dia atas kan...ni dokumentary yang merupakan projek akhir kami....kami shooting selama 5 hari sampai pagi malam siang and sewaktu dengannyala..... sangat penat ok tak tidur langsung huhuhu



directer by : jemi azmi and fatrim shah




kat sini macam-macam yang kami tonjolkan so...if korang ingin mengikuti serta ingin menonton dokumetray kami...




sabauuuuuuuuu..




ok....




tak sabau aku tak leh tolong.....




aku ada gak berlakon sikit-sikit lam tu tapi banyak jadi crew la....




tapi bestttttt wooo!!!!




aku kan minat kerja produksi and glamer-glamer ni...hahahahhahaha




poyo ayat...ok la




aku akan sajikan korang dengan gambar-gambar kami......





saksikan...........





before shoot kami ada photooshoot

sebagai model dulu..cover page katakan...hehhehehe



hahahha...sapew amik pic curi ni?????

huhuhu...ok tengok bertapa aku khusyuk membaca skrip ok....






ok...ready to shoot


camera ready????


talent ready??????


rolling....


action........

tadaaaaaaaaaa......

CREATIVE PIXEL PRODUCTION

mempersembahkan : BERAKHIRNYA DI SINI


by : anna ruxanna

Saturday, September 4, 2010


sekarang mahu berehat sepuas-puasnya...tanpa gangguan tanpa sebarang call dari sesiapa from my university....i nak raya sepuas-puasnya ok...
and lepaking with my frens....kami dah plan nak pergi situ and sini so make sure anda jangan ganggu saya ya...hahahhahaha

tak sabar mahu jumpa my besh frens..
manyak gosipppppppp ok...kata gosipp girl...wakkakakaaka

time ni jugak la banyak kuih raya orang nak tempah,.....cewah pasan pulak aku kan...macam aku yang buat kuih raya...hahahahha
sajew nak gelemer...ngeeehhhh
tahun ni tema aku biasa-biasa ajew...malas nak fikir sangat...
sebab busy jugak nak kena fikir about xment....
oh nooooo....
shooting and everthing...huhuhuhu
fenat ok...sah-sah tak cukup tidow...
waaaa...so aku kat kampung ni nak qada tidut..hahahhaha

by: anna ruxanna renxi

Monday, August 30, 2010

KAJI SELIDIK...

ok korang perasan kan aku punya tajuk di atas sana...kaji selidik ok...sangat la sentimental value...tak ada kena mengena...ok sekarang ni dak kelas aku sibuk mengedar borang kaji selidik sempena diploma report kami...kalu tak.... tak leh grad...tak leh sambung degree tak leh sambung master takleh sambung PHD...ngeggegegge
Apa-apa la korang...hahahha
ok nak citew pasal borang kaji selidik aku ni...ok..before kami buat kami kena tunjuk kat lectrer dulu takut-takut ada salah and silap...fuhhh!!!!
nasib baik group aku lepas....

ok...yang aku bangga sekali tu...group aku jew tulis lam englishhhhhhh....wakakakkakaka
mana aku tahu boleh tulis lam bahasa melayu kan....al-maklumla selama ni belajar pun lam BI...so tetibew ramai lak lam kaji selidik tulis BM....cam siot jew eh...sah-sah aku punya borang kaji selidik tak ada orang nak tanda kan....huhuhuhu
tapi takpew...yang penting kerjasama dan keikhlasan anda yang kami perlukan...
ehemmmmmm....
ok nak tahu tak group aku kaji apa dia....
sah-sah citew mat salleh jugak kan...hahhahaha
group aku kaji pasai filem ORPHAN...and kami kaji dari aspek PENCAHAYAAN...huhuhuhu
masa aku tunjuk kat kawan-kawan aku borang kaji selidik ni..semuaaaa...cakap macam ni....FUYOOOOOOOOO...LONDON BABE....
wakakakkaka....well kami memang memetingkan english pun...ehemmmmm...
bangga sat...
ok la...nanti aku sambung balik citew yang lain...
okkkk taadaaaaaa...


Saturday, August 28, 2010

YEHAAAA
hye korang rindu aku tak????????
rindu..sorry-sorry lama aku tak ufdate blog ni...
busy la korang sampai aku pun tak cukup tidow....huhuhu
alhmdullilah aku dah siapkan xment yang perlu dihantar...tapi aku kena pi ofice lor nak mintak cop....huhuhu
korang aku dapat offer belajar kat sydney..hehehhehe
tak adala..sajew gurau-gurau..
tapi insyaallah kalu aaku sambung master aku nak sambung kat sanaa..
aku nak sangat belajar jauh-jauh ni...
sekali sekala apa salahnya kan..ngeeeeehhhhh
rugi jika kita tak belajar hingga ke menara gading sebab tu payah nak dapat jodoh aku ni..duk petingkan menda lain kan....wakakakkakaka
NO COUPLE NO LOVE BABE..HUHUHUHU
dah la malas aku nak merapu menda mengarut ni....hoho
ok...korang belum terlambat aku rasa nak ucapkan selamat berpuasa semoga dalam bulan yang mulia ini akan memberi korang keinsafan..hohohoho
emmmm........
tak tahu nakcakap apa....just boleh cakap busy...huhuhuhu
penat..
nak tidow....
nak rehat...
lapar....
and bermacam lagi la....hukhukhuk
waaaaa..mahu balik kampung nak berehat puas-puas
nak makan masakan mak aku....
huhuhu
ok tadaa...
salam perantauan dari aku....
anna ruxanna renxi

Friday, July 23, 2010

RINDUUUUUUUU

hahhahaha...rindu kat korang semua...dah lama aku tak tulis kat sini...korang apa macam????????
harap...baik-baik semua ya...sekarang ni aku duk urus satu lagi blog...
al-maklumla banyak blog..hahahah
aku baru habis prktikal sangat penat dan sangat gembira....tapi report tak tulis lagi...hahahahha'
malas kan aku...nanti aku tulis la...nak jumpa penyelia nak tanya dia nak tulis macam mana aku punya report..hehheheheok aku nak citew sikit ni..ahahhhahaaha...
ok...ok...

sekarang ni my facebook aku makin ramai kawan...seyes aku tak pernah add orang tapi orang add aku...aku memang malas nak add orang ni...bukan apa malas....bila ada orang add aku tanpa memikirkan apa kejadah risikonya terus confirm...baik punya....
bila aku tak update status dia orang akan hantar kat aku punya wall atau mesej...mana anna ruxanna menyepi ni...korang ni betapa korang sayang aku nampaknya..hahahah thank you...
kadang-kadang dalam sehari wall aku punya comment mencecah beratus-ratus...sampai tak terkawal aku membalasnya...korang memang sempoi...muahhhhhhhh...amik ciuman aku....huhuhu sampaikan aku kena bukak kat handphone plak...bila bukak kat nortification memang dalam sehari akan jadi seribu babe...penat gua nak balas...aku pun sampai garu-garu kepala....huhuhuok la..sayang korang semua...tengok kat bawah ek..berapa juta
aku punya komen tapi aku akan sedaya upaya membalas komen anda...terima kasih kerana menyokong aku tanpa anda siapa la aku di dunia siber ini..hahaha


YOUTUBE senang aku tengok cerita and video klik terbaru...and jangan lupa
tengok aku punya iklan kat TV ok....

MY FRENDSTER ni aku guna sejak form3 sampai sekarang...


MY PINKY BLOG....blog aku guna sejak aku form5 tapi jarang menulis...
sekarang ni aku dah ada tiga bolg ok...so sudikanlah memfollow saya
hehehhe

AND NOW aku dah ada netlog so add me ok...
tagged, myspace aku layan jugak...ngeee

Monday, May 10, 2010

Hye!! Guys sempena menyambut hari ibu ini aku ada cerita sikit nak kongsi untu korang semua… hayati dan bacalah dengan penuh rasa keinsafan dalam diri…

Aku tak macam orang lain yang lahir di hospital mewah dan penuh dengan sistem yang canggih… ibu aku lahirkan aku didalam toilet sahaja… mesti rakan-rakan yang lain terkejut kan? Ketika aku duduk didalam perut ibuku aku merasa tidak sabar untuk keluar kerana apa??? Aku ingin melihat dunia luar yang bergitu cantik dan indah sekali.
Tiba-tiba aku merasa badanku sejuk yang tak terhingga, aku sempat melihat wajah ibuku yang menangis teresak-esak mungkin kerana sakit melahirkan aku… maafkan aku ibu kerana menyusahkan ketika aku dilahirkan, aku tidak minta untuk dilahirkan dengan cara bergini. Ibuku memeluk aku dengan penuh kasih-sayang yang tak terhingga aku merasa ibu menyanyangi aku dan aku merasa selamat ketika bersama ibu… ibu membawa aku ke suatu tempat yang agak kotor, aku dapat menghidu bau yang busuk serta bau yang sangat menyakitkan hidungku. Aku merasa takut dan aku merasa benci dengan tempat ini. Aku merasa cemburu melihat rakanku yang lain bersama ibu mereka duduk dikawasan yang agak cantik, bukan macam aku… ibu meletakkan aku ditepi sampah yang agak busuk dan kotor, berginikah jika manusia dilahirkan menjadi bayi… kata rakanku, jika kita masih bayi mesti duduk dalam bakul yang cantik dan katil yang cantik bukan seperti keadaan aku sekarang ni… ibu… aku tak nak duduk disini, aku takut ibu…ibu ambilah aku ibu…aku perlukanmu…
Aku menangis ketika ibu melangkah pergi, aku merasa takut… ibu janganlah tinggalkan aku ibu… aku lapar ibu..aku haus…ibu sanggup ke ibu melihat anakmu lapar seperti ini?...
Ibu akhirnya pergi jauh meningggalkan aku sendirian…aku menagis sepuas-puasnya kerana takut, aku takut melihat ada seekor kucing yang sedang melihat aku… ibu tolong aku ibu… aku menangis… aku juga merasa sakit di seluruh badanku kerana digitgit oleh semut kecil.. badanku juga masih mempunyai tali pusat dan masih terlekat darah.
Ibu… ibu… aku takut ibu…
Aku lapar ibu… aku haus ibu… akhirnya aku terkulai layu di situ tanpa tangisan kerana badanku di makan dek biawak yang berada di situ semalam…
Ibu… aku tidak mengharapkan untuk lahir didunia ni ibu… maafkan aku ibu… jika kelahiran aku ini menyusahkan mu… aku bukan sesiapa ibu… aku Cuma manusia biasa yang inginkan kasih-sayang daripadamu ibu… YA ALLAH, maafkanlah ibuku ini YA ALLAH sesungguhnya ini bukan pintanya.

Hukhuk…. Terima kasih daripada saya anna renxi,… maaf jika ada salah dan silap didalam tatabahasa mahupun apa sahaja didalamnya… idea tiba-tiba datang harap kalian enjoy membacanya…

Friday, May 7, 2010


hye...and salam satu malaysia...
hari ni saya anna renxi akan memulakan majlis dengan
satu tepukan yang gemuruh yehaa.....
wah sudah lama rasanya aku tak update blog...
mungkin ramai peminat di luar sana tertanya-tanya aku kan????
cewahhh!!! bangga pulak kan..ecececcecce

ok la..aku tak ada apa nak cakap cuma nak ucap hepy mothers day kat mama aku..
terima kasih aku ucapkan kerana membesarkan dengan penuh kasih sayang penuh dari landang..hehhehe
dan memberikan aku sepenuhnya pelajaran sampai aku masuk ke universiti...
aku juga ingin memohon maaf jika ada tersilap kata atau bahasa yang menguris
naluri keibuaan mu...maklumla aku ni anak yang nakal sikit hehehehhehe...

wargh!!! rasa nak nangis jew kan..sobksobk...
ok ar aku pergi dulu sekian terima kasih...

luv you mama...muaaaaahhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 13, 2010


EXAMMMMMMMMMMM


perkataan yang cukup..aku benci...huhuhu

dah nak exam...banyak pula xment...

berlambak-lambak pulak tu...itu la lumrah seorang pelajar seperti aku...

so..no more bloging and facebook..ok zanna

hehhe


so aku kena rehatkan otak tumpukan kepada study...huhuhu

so..bila aku balik kampung kena bataskan semua aktiviti....

makanya di sini tidak boleh pergi kemana-mana..duduk kat rumah study and buat xment...ok zanna

...huhuhu

ok...ini nasihat aku kepada diri sendiri......

hahah...so orang lain nak buat motivasi bila tengok tulisan aku pun boleh dipersilakan...

hehhehe...ok muaahhhhhhhh

Sunday, April 11, 2010

with my pink laptop ok..huhu

huhu........kini aku kembali..

dengan cerita2 yang ditunggu oleh para peminat...hahahhaha

perasan jew kan...

emmmmmm..ok entry aku kali ni berkisar pasal dunia..

wah macam-macam tajuk aku letak ni....


ok..dunia sekarang ni bermacam-macam yang berlaku

tak kiralah menda tue serius ataupun tak...

tapi masalah sekarang ni ramai manusia yang tidak sedar....


ok...ramai kawan-kawan aku kat sekolah cakap aku sombong...

hahaha...aku cakapla aku memang menang anugerah ratu sombong pun...muhahahha

so..siapa-siapa yang enggak mengenali aku dengan lebih rapat memang cakap

gua sombong...

kerna apa..gua takkan tegur orang yang gua tidak kenal..huhu

so jika lalu kat sebelah aku pun kadang-kadang gua hendak perasan...huhuhu

so macam mana gua mahu tegur kamu...huhu

so soryy...

kadang-kadang dekat luar gua cikgu selalu tegur gua jugak yang cakap aku sombong....

tapi memang gua tak perasan ok...

siapa-siapa yang mengenali aku diaorang akan cakap aku ni happy gudlucky ok...cewah..

sebab apa????sebab aku suka gelak and bagi ayat-ayat yang paling bodoh dalam dunia...muahhahahha


ok..daa sekian dari saya anna renzi...

Thursday, April 8, 2010

EMMMMMMMMMMMMMMM...

sekarang jam menunjukkanpukul 2.32..
budak rumah aku semuanya dah tidur..tapi aku macam biasa
payah mata ni nak pejam seperti ada gam yang menarik ke atas...

alhmdullilah semuanya berjalan dengan lancar tadi..walaupun ada salah dan silap...itu biasa bagi
setiap majlis yang kita laksanakan...
coz kita ni manusia biasa tiada yang sempurna...
lega rasanya setelah semuanya berjalandengan bergitu pantas.....
cuma yang tinggal sekarang ni skrip nad cerpen yang perlu di siapkan...
warggggggggghhhhhhhhhh...
itulah perkataan yang membuatkan aku bikin panas dan macam nak menangis....

tapi menangis tu biasa la kalau aku tension..........hukhuk
maklumla manja..wakakakka
statement yang tak boleh blah....
aku nAK titow dulu.bye...
muahhhhhh

Monday, March 29, 2010

yuhuuuuuuuuu
semalam aku menapak di library...kebetulan di lib...
ada program....
aku pun tak terkecuali mengikuttinya...huhuhu
semasa aku duk tengok kiri kanan..
tiba-tiba kawan aku yang duk kat puncak alam datang..
wah..kemain lagi dia sekarang...al-maklumla MPP
so susah la nak melepak dengan dia sekarang ni...dik busy jew
memajang...nasib baik kawan ko ni paham tahu tak...huhu
aku cakap kat dia akhirnya datang jugak ko kat puncak...
dia cuma sengih jew...huhuhu
aku pun borak kosong dengan dia lama jugak la al-maklumla time ni jew
boleh jumpa pun...time lain dah tak boleh dah...
bukan macam dulu lagi boleh melepak...
huhuhu
asal ko bahagia iqmal...huhuhu
ok la aku blah dulu...
P/S : jangan lupa jemput aku bila ko khwin nanti...
yuhuuuuuuu
gud luck IQMAL...

Friday, March 19, 2010

TARA DING DANG........

sedang leka aku mengetuk papan kekunci keyboard
hati aku bersuara.........siapakah dia???????????
emmmmmmmmm

masih memikirkan lagi...dan lagi......
aku tidak tahu kemana harus aku pergi mendapatkan
sesuatu yang bukan milik aku............

apakah itu??????????
lu pkirla sendiri......huahua
mata aku makin terpejam........
dan...........
cvbhjklsjhsjxskxsudjdoLakak
zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
akhirnya mataku terkulai layu

Thursday, March 18, 2010



ENGGAK MAHU BERI TAJUK........

semalam aku, adik and nad pi PKNS and PLAZA ALAM SENTRAL.....
al-maklumla setelah bowink and penat menelaah pelajaran...kononya la kan....huhuhuhuhu
asalnya aku nak pi bank....tpai setelah nombor ku dipanggil iaitu 5607...aku pun pi la dekat pergawai bank tu kan...
orang bank tu mintak la pasport aku tue...
aku pun cakap la "kejap ek kak", masa aku duk mencari-cari kelibat pasport aku macam mana aku boleh tertinggal perghhhhhhhhh...malu aku time tue....nasib baik la aku boleh cover aku punya malu...so aku pun cakap la thankz and apa lagi blah r...............huhuhuhuhu
lepas tue aku pun pergi melilau mencari buku terbaru...
tapi tak jumpaa.....
nasib badan.......
lepas tue....aku pun pi karok jamban..........entah macam mana aku boleh nyanyi sampai tarak ada suara.......huhuhu
tapi mmg best arrrr...huhu

ini lam bilik karok ok.........

lepas penat....menyanyi aku pun pergi la mengisi perut........
ni memang febret aku la kan.............makannnnnnnnnnnnnnn yuhuuuuuuuuu....
lepas makan kitew org round2 lam shopping komplex tue............
lepas tue aku tengok ada orang buat pameran pasal rumah and bangunan aku ni
memang gila bangunan sikit......so aku pun singgah.....
memang cantik gila arrr.....
aku pun sempat berposing masa lam tue...muhahahahhaha
disebabkan taksub bebenor pasal bangunan kan,...nak buat cam mana....huhuhu


ok...ni dia ya...di sebalik bangunan itue.....
memang cantik arr.....huhuhu

setelah penat.....
segala bagai kitew orang pun berambus la dari shopping komplex and terus
menuju ke puncak....................yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, March 16, 2010

TENGAH MENCARI IDEA

skunk gua tngah mncari idea
untuk siapkan beberapa xment...
sakit kpala plus tnsion...
tapi sek baik aku pndai cover
muka aku yg tnsion ni...huhuhu

skunk ni tgh pening la plak...huhuhu
so sape2 nak mnyumbangkan ilmu dia
bolehla angkat tngan and angkat kaki ok.......
k..r ni kat bawah muka
aku tngah tnsion...
tapi smpat di snap oleh nad
huhuhu


muka tngah tension okewy......huhu

HAHAHHAHAHA............

Wah...hari ni gua ponteng lagi kelas...muhahahahha
jahat berbenor aku ni...al-maklumla tak pernah
nak ponteng...huhuhuhuhu

so sek bek present tadi
nama aku yg last so
terpaksa buat mnggu depan.........yuhuuuuuuuuuuuuuuu
gumbiranya hati ku....
aku and nad mahu pergi PKNS jap lagi nak
melepak and karoke...huhuhu


EXMENT...............

NI aku duk melepak lam bilik BK64
korang ingat aku duk rilex jew kew????????huhuhu
aku duk wat xment kot...huhuhu
penat sih hari ni...
lepas balik kelas trus tak buat pew...

lepas aku balik dari resak
aku terus pi kandang makan...huhu
lepas tu pi lib jap...
pastu terus ke BK64
Huhuhu
sesak kpala otak aku jap...huhuhu

Saturday, March 13, 2010


LIBRARY

Skunk aku kat lib with nini, jemi and ami...
tengok kat belakang aku penuh ngan buku...hahahahha
sebagai bukti kononnya...huhuhu

kat lib aku tengah cari bahan untuk
research aku...huhu
tapi taj jumpa...
kat sebelah tmpat aku duk ni
ada org duk dating la plak...huhu
nak dating kat kandang lar...huhuhu
aku apa lagi tengok jew la...ahhahahha
aku tengah boring sebenarnya ni....
emmmmmm...mahu bikin apa ya petang ni....
nak tidur kew?nak buat xment??
huh...kekeliruan di situ ya.....
huhuhuhuhu

ok...r...aku nak blah dulu...semoga anda semua berjaya...k..daaaaaaaaaaa
muaaaaahhhhhhh

Friday, March 12, 2010

AKU.....


serba sedikit....
tentang aku...huhuhu

aku suka makan...
suka tidur...
suka membaca.....
suka ketawa...
suka mendengar...
suka kaler pink....
suka gadjet..
suak travel....
suka berkawan...
suka coklat...
suka ais-krim...
suka yong taw fu...
suka susu...
suka tangkap gambar....
suka layan facebook...
suka layan ternet....
suka biskut....
suka kartun disney...
suka mickey mouse....

tak suka kucing...
tak suka dipaksa....
tak suka orang ramai...
tak suka duk ngan kaki mengumpat....
tak suka orang berlagak...
tak suka hipokrit...
tak suka kari...
tak suka kaki pukul....
tak suka kaler hijau...
tak suka duk diam jew...



MIMPI........

Semalam aku tidur awal la jugak lepas pi
makan ngan jemi and nini...
balik tu aku basuh baju...cadangnya
nak tgok citer hantu....
tapi disebabkan CD tu wat hal so aku pun
malas la nak tengok coz
hilang terus mood aku...huhuhu

aku pun tidur dengan lenanya.....
korang tahu tak aku mimpi apa????
aku mimpi tsunami...huhu
memang dasyat...boleh dikatakan
aku selalu la mimpi pasal tsunami tue...
aku pun pelik jugak nape la aku boleh mimpi macamtu....

so......
what????????
aku malas fikir...muhahahahha
yg penting mimpi tue memang lawak antarabangsa..hehehehheheheheh
k..r daa....
lam mimpi tue rahsia ok...hahahhahaah :p

Thursday, March 11, 2010

WARGHHHHHHHHH.....
korang tahu tak sekarang ni kul wapew???????
sekarang ni dah kul 345 pagi...mengikut jam aku ler....huhuhutapi aku masih belum tidor....tak tahu kenapew???????
mata ni macam malas nak tutupnak buat cam mana kan....kuikui....
so aku pun menghadapla di depan laptop pink
aku ni...huhuhu
sambil manaip-naip..wat rajin la kononya...huhu
emmmmm......
nak tidow...tapi mata tak lelap la
alamak...jam kat aku punya laptop dah berginjak ke angka 4.00
tapi gua masih belum tidow...huhuhu
helpppppppppppp....
aku mahu tidow..................huhuh
apasai la mata ni payah nak lelap malam ni..warghhhhhhhhhhh
dahla bosan....
hukhuk....sedih sunnguh aku malam ni....
wargh...lambatnya nak hari esok....huhuhu
warghhhhhhhhhhhhhh...
gagagagaggagagaga.....
hmmmmmmmmmmmmm

ni muka ku yang sedang mengantuk
tapi tak leh nak tidow....
sempat mengambil pic ku melalui webcam....hahahahha




ni pic aku masa diaorang suh aku jadi model untuk exment... huhuhu
ni iklan baju and promote my university...hahahah

ni masa nak jadi cover kuli majalah...hahahahah

so aku nak pi zzzzzzzzzzzzzzzz dulu ya...nitez and morning......

KEBOSANAN

ni muka gua yang tengah bosan....huhu
bosan gila tak tahu nak buat apa...
aku pusing kanan aku pusing kiri...
tengok-tengok sume buat hal sendiri...
nak buat apa ya?????????
warghhhhhhhhhhhhh....
helppppppp.....
aku tak tahu nak buat apa??????
korang tahu tak aku tengah bosan....
huhuhu

ni muka gua tengah sabar menunggu teater nak
start...huhu


KECERIAAN



tengah happy....
sekarang ni kul kul 1.30 pagi...
aku duk melepak umah mimi izate...
sambil makan roti and air masak jew...thankz mimi.....
keceriaan kerana aku duk gelak jew....
esok tak da kelas so aku happy jew...horeyyyyy...

lepas tu ada sorang mamat lam facebook duk nak mengusha aku...
aku buat derk jew malas aku nak melayan....
lantak ko la...huhuhu
pastu ada sorang lagi mamat ni lam facebook tak habis-habis
panggil aku artis...
kata dia muka aku macam artis...hahahhahah
ayat nak mengorat memang macam tue....
layannnnnnnnn....zazzzzzzzzz

tengok aku dapat lagi mesej dari mamat-mamat ni...
yang tidak berpuas hati...huhuhu
lantak ko la...huhuhu
cakap BM pun payah cakap BI pun payah...huhuhu
so aku nak cakap bahasa apew lagi??????????

pastu phone ku berbunyi lagi.....
aku tengok skrin rupanya mak angkat aku call
hahahahha

aku ni tak habis-habis duk gelak....
gelak...gelak...and gelak....
so sampai bila aku nak diam kan...muahahhahaha
tak pew yang penting aku happy and tak kacau orang...huhuhu
k..r daaa.................


CATATAN


Yuhuuuuuuuuuuu….kat sini tiada apa yang aku ingin coretkan Cuma aku igin ceritakan serba sedikit pengalaman aku semasa duduk di johor….emmm…

Aku pendekkan cerita, semasa aku tinggal di rumah mak angkat aku ni, tiba-tiba datang seorang budak bernama WAN.Dia tinngal di sebelah rumah mak angkat aku, jika kita melihat WAN dari luaran tampak sempurna tapi hakikatnya WAN sebenarnya cacat dari segi fizikal….aku melihat WAN….wajahnya ceria tanpa ada banyak masalah, walaupun dalam hatinya penuh dengan masalah…aku tenung muka WAN……WAN akhirnya bersuara dia memanggil aku panggilan KAKAK…aku pun menolehnya lagi…sungguhn sedih…

Dia memberitahu aku bahawa mak dia telah dihantar ke hospital, aku terkejut….aku tanya lagi kenapa boleh jadi macam tu WAN???

WAN membeitahu aku bahawa mak dia mengamuk seperti orang gila…..WAN meneruskan ceritanya lagi dan terus bercerita tentang masalahnya….WAN memberitahu bahawa pagi tadi maknya suruh dia makan tahi dan minum air kencing….aku mengucap panjang….WAN pandang muka aku lagi….aku cuma boleh berkata “ betul ke ni WAN,”

“betul la kak,”.aku hanya menggelengkan kepala sahaja, aku membuat pekiraan mugkin ibunya mempunyai terkanan dalam dirinya. Takkan ada ibu di dunia sanggup melihat anaknya makan tahi…..cuba anda bayangkan?????????

WAN kembali ceria apabila selesai menceritakan masalahnya, aku Cuma berkata “takpa la WAN mungkin mak WAN saja nak tengok WAN boleh beza tak tahi dan makanan,” sambil aku tergelak mana taknya jawapan bodoh yang aku bagi sebenarnya…huhuhuhu

WAN hanya tersenyum pahit……untuk memberi WAN gembira aku suruh dia menyanyi…..dia pun menyanyi…aku Cuma tergelak apabila mendengar WAN menyanyi….dalam hati aku berkata…

“berilah WAN kebahagiaan supaya dia tahu erti hidup,” aku ingin menitiskan air mata apabila melihat WAN berjalan walaupun aku tahu dalam dirinya sarat dengan penderitaan hidup yang harus dia tempuhi….dia melambaikan tanganya kepadaku…..aku membalasnya dengan penuh mesra sekali…….

“BYE WAN SEMOGA KAU GEMBIRA MENGHADAPI HIDUP YANG PENUH DENGAN LIKU-LIKU HIDUP YANG MENCABAR….TABAHLAH HATIMU SEPERTI IKAN DI LAUT YANG PERNUH DENGAN OMBAK DAN LAUT…SELAGI TURUNYA HUJAN KAU PASTI AKAN MENANGIS…ANGGAPLAH IA SEBAGAI CABARAN HIDUP YANG HARUS DI TEMPUHI”,

BY ANNA

Wednesday, March 10, 2010


LOVE

YA ALLAH,jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu...

YA MUHAIMIN,jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinta tetaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang nafsu.....

YA RABBANA jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatimu.....

YA RABBUL IZZATI jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
syahid dijalanMU.....

YA ALLAH..Jika aku menikmati cinta kekasihMU
jangalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat sepertiga malam
terakhirmu....

YA ALLAH jika aku jatuh hati
pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalan panjang menyeru manusia
kepadaMU

YA ALLAH...jika kau halalkan aku
merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMU...
AMIN...........

CINTAKU TERTINGGAL DI JOHOR

NI KITEW ORG KAT AYER KEROH

Emmmmmmm…tak da apa nak cerita kat sini tapi aku nak garapkan sebuah penceritaan yang benar-benar membuatkan aku merasa sayu dan sedih…aku merasa terharu dengan pelbagai cerita yang aku dengar…aku merasa simpati tapi….

Itulah lumrah dunia ada yang di atas ada juga yang di bawah…thankz to my beloved friends ninie kerana membawa aku ke Johor..di johor bermacam-macam yang aku kutip…aku tinggal di rumah mak angkat aku yang bergitu sporting…dia melayan aku macam raja and kadangkala seperti seorang puteri…thankz mak…. zanna sayang mak….aku suka menolongnya di dapur aku juga turut memasakjika dia memasak…ketika itu aku merasa rindu…. aku juga merasakan yang aku duduk dengan mama aku…aku rasa ingin menangis tak kala melihat wajah mak…aku kemudian mengambil phone dan terus menelefon mama aku….

Mak banyak memberi nasihat kat aku..aku kutip supaya dia menjadi sejarah dalam diri aku…ketika jari aku menari menulis coretan ini aku sempat menitikkan air mata kerana merasa rindu ingin ke johor…

Mak banyak memberi aku pertua bagaimana ingin memasak, walaupun dia banyak memuji yang aku pandai memasak..wah kembang lubang hidungku…huhuhu mak angkat aku ni mempunyai hobi yang sama dengan aku iaitu suka berjalan..so sepanjang hari aku berjalan dengan dia sambil bercerita itu ini tanpa ada sedikit ruang pun untuk aku berdiam dan menjadi pendiam kerana aku merasa rugi jika hariku bersama dengan dia tidak aku hargai….aku and mak berjalansampai malam sehingga boleh jadi overnight…dia juga sempat mengajar aku bahasa JAWA, so aku belajar sedikit demi sedikit…mak suka bergurau denganku kerana katanya aku ni pandai mengambil hati orang lain…aku katakan yang aku ni biasa jew tiada yang istimewa…cucunya MIN HARLINA sangat rapat denganku, kemana sahaja dia pergi mesti nak peluk aku..wah aku merasa sayang kepadanya…MIN nanti kak zanna sampai lagi kat sana ya…

MIMI cucu mak aku juga, selalu ajak aku berjalan bawak motor, suka bercerita and bawa aku ke kedai…aku merasa seperti aku mempunyai adik perempuan wah best gila…hari-hari kitaorang bercerita itu and ini…MIMI tingkatan 4…sangat cantik, lembut and peramah orangnya…rindu kat MIMI…semoga kamu bahagia and berjaya kak zanna harap MIMI sayang kak zanna macam kakak MIMI….

PAK CIK RASHID…wowowo..sangat sporting selalu buat aku ketawa, coz dia suka tengok aku ketawa….hahahhaha ada juga macam tue…thankz PAK CIK RASHID coz sayang zanna macam anak…

PAK CIK HARUN….ni adalah pergawai felda kat sana dia bawak aku and nini jalan sampai ke tasik..hahahha sangat cantik….dia juga sempat mencari jodoh untuk aku…ish…ish…PAK CIK HARUN..PAK CIK HARUN…

Aku tidak dapat menahan sebak di dada kerana, mempunyai mak angkat seperti itu…aku merasa rindu yang teramat sangat kepada mak…mak..mak..mak…tiga perkataan yang aku tinggalkan semasa aku ingin pulang ke UITM….pangilan itu membuatkan aku menangis…aku akan ingat sampai bila-bila memori ini supaya menjadi sejarah dalam diri aku….mak…terima kasih kerana melayan diri ini walau ada yang tidak berpuas hati, zanna mintak maaf mak…zanna akan selalu melawat mak insyaallah…terima kasih mak…

I love u so much....annarenzi

misi berjaya...huhu